Wednesday 3 August 2016

PERANAN INDIVIDU TERHADAP DIRI SENDIRI

PENGENALAN

Setiap manusia mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan. Tanggungjawab ialah sesuatu kerja atau tugas yang mesti dilakukan atau kewajiban yang dipikul oleh seseorang individu. Tanggungjawab merupakan kesedaran manusia terhadap tingkah laku atau perbuatan yang disengaja atau tidak sengaja. Tanggungjawab juga sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana setiap manusia dibebani dengan kewajipan dan menanggung pelbagai peranan. Kewajipan itu harus dipikul kerana manusia tidak boleh mengelak, bahkan akan dipersoalkan dan diminta menjelaskan tentang sesuatu perbuatannya kelak. Dalam blog ini,kami akan menjelaskan tentang tanggungjawab diri terhadap diri sendiri, tanggungjawab terhadap keluarga, tanggungjawab terhadap masyarakat atau komuniti dan tanggungjawab terhadap negara Malaysia. Secara keseluruhannya, blog ini sangat penting dalam melahirkan generasi yang berkaliber, bermaruah dan meningkatkan imej diri, keluarga dan negara.




PERANAN INDIVIDU TERHADAP DIRI SENDIRI


Setiap individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Mereka perlu mengenali dan memahami kehendak dan keinginan diri. Peranan terhadap diri sendiri, termasuklah tanggungjawab individu kepada tuhan dan dirinya. Selain itu, tanggungjawab individu terhadap diri sendiri termasuklah aspek lahirah dan batiniah. Aspek lahirah individu berkenaan perlu berusaha untuk mempertingkatkan kemampuan dirinya termasuklah daya usaha dan penampilan diri. Manakala, dari segi batiniah individu perlulah mengisi jiwanya dengan pengisian yang dapat memberikan ketenangan dan kesejahteraan diri. Antara peranan individu terhadap diri sendiri yang perlu dijaga ialah :

a) Menjaga maruahn dan nilai diri
b) Menjaga kesihatan fizikal dan mental
c) Berusaha untuk menuntut ilmu supaya mencapai kemajuan diri sendiri







 PERANAN TERHADAP TUHAN
Setiap individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Oleh itu mereka perlu mengenali dan memahami setiap kehendak dan keinginan diri. Peranan terhadap diri sendiri termasuklah tanggungjawab individu berkenaan kepada Tuhan
  • Setiap individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
  • Oleh itu seorang individu perlu  megenali dan memahami setiap kehendak dan keinginan diri.
  • Tanggungjawab terhadap diri sendiri menentukan kesedaran setiap orang untuk memenuhi kewajibannya sendiri dalam mengembangkan kepribadian sebagai manusia peribadi.
  • Peranan terhadap diri sendiri, termasuklah tanggungjawab individu berkenaan kepada Tuhan dan juga dirinya.
  • Hubungan manusia dengan Tuhan merupakan cara bagaimana manusia itu dapat mengabdikan dirinya terhadap perintah dan larangannya. 

CARA MENUNAIKAN PERANAN TERHADAP TUHAN
  • Berpuasa untuk mengawal diri dan untuk kekuatan rohani
  • Membawa makanan vegetarian untuk disembah kepada Dewa
  • Bersembayang setiap hari mengikut kepecayaan masing-masing
  • Mendengar syarahan agama
  • Membaca kitab suci   

Image result for PERANAN INDIVIDU TERHADAP tuhan


Image result for PERANAN INDIVIDU TERHADAP tuhan


Image result for PERANAN INDIVIDU TERHADAP tuhan cina



1 comment:

  1. Casinos in Australia | Best online casino sites and online
    Online casino reviews & ratings for a list of the 안전한 온라인 카지노 best online casino sites. Claim your welcome bonus, welcome bonus or free spins here.

    ReplyDelete