Tuesday 20 September 2016

Peranan Individu Terhadap Negara

sebagai warganegara Malaysia, tertunya kita mempunyai tanggungjawab terhadap negara. kepentingan melaksanakan dan mematuhi tanggungjawab ini adalah penting bagi menjamin kemajuan dan keamanan negara. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad pernah berkata, "Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup". Hal ini menunjukkan bahawa setiap rakyat perlu menanam jati diri dan berperanan terhadap negara supaya tidak mudah ditingkas oleh kuasa barat yang rakus. Oleh itu, kita hendaklah memahami dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia dengan penuh komitmen untuk memacu pembangunan negara. Antara tanggungjawab individu terhadap negara seperti yang berikut:-

  • Mempertahankan Negara
  • Amalan Prinsip Rukun Negara
  • Semangat Kekitaan Untuk Mengekalkan Perpaduan
  • Patuh Kepada Undang-undang
                                                                  Image result for mempertahankan negara  Image result for amalan prinsip rukun negara

Image result for semangat kekitaan untuk mengekalkan perpaduan

Image result for patuh kepada undang undang

   

Tuesday 6 September 2016

Peranan Individu Terhadap 
Masyarakat
 Manusia merupakan makhluk yang semulajadi hidup secara bersosial. Maka, seseorang individu tidak dapat berdiri dengan sendiri, malah saling memerlukan antara yang satu dengan yang lainnya di tengah-tengah masyarakat.meningkat kepada setiap individu tersebut mempunyai kepentingan yang bermacam ragam, maka setiap individu yang mempunyai kepentingan yang pelbagai haruslah berperanan sesuai dengan kepentingan-kepentingan tersebut termasuklah individu-individu seperti jiran, orang kurang upaya dan warga emas .peranan setiap individu terhadap masyarakat adalah berdasarkan kepada hal-hal yang berikut:
  • Menghulurkan bantuan khususnya ketika kecemasan.
  • Menjaga keharmonian masyarakat.
  • Semangat bergotong royong.
  • Semangat Intergasi nasional.

.
Orang kurang upaya (OKU) merujuk kepada individu yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti. OKU ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kekurangan yang dialaminya sepeti,  Kecacatan perkembangan,Cacat anggota, Cacat penglihatan,Cacat pendengaran, Cacat pembelajaran, Autisme, Bisu dan seumpamanya.Mereka memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari. Misalnya, orang cacat penglihatan, perlu kepada kemahiran membaca dab menulis Braille sebelum mereka boleh menggunakan kemahiran itu untuk belajar atau mendapat pendidikan untuk hidup berdikari. Begitu juga, orang yang cacat pendengaran perlukan kemahiran memahami dan menggunakan bahasa isyarat sebelum boleh menggunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Jesteru beberapa bentuk keistimewaan dan kemudahan yang khas diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) di negara kita seperti berikut:

  • Kemudahan dan galakan pelepasan cukai.
  • Kemudahan pendidikan.
  • Pengecualian bayaran rawatan perubatan.
  • Kemudahan peluang pekerjaan.

Tuesday 23 August 2016

PERANAN INDIVIDU TERHADAP KELUARGA

Manusia adalah sebagai makhluk individu dalam arti tidak dapat di pisahkan antara jiwa dan raganya, oleh karena itu dalam proses perkembangannya perlu keterpaduan antara perkembangan jasmani maupun rohaninya.

Sebagai makhluk sosial seorang individu tidak dapat berdiri sendiri, saling membutuhkan antara yang satu dengan yang lainnya, dan saling mengadakan hubungan sosial di tengah – tengah  masyarakat

Keluarga dengan berbagai fungsi yang dijalankan adalah sebagai wahana dimana seorang individu mengalami proses sosialisasi yang pertama kali, sangat penting artinya dalam mengarahkan terbentuknya individu menjadi seorang yang berpribadi.

Sebagai bagian yang tak terpisahkan dengan masyarakat, keluarga mempunyai korelasi fungsional dengan masyarakat tertentu, oleh karena itu dalam proses pengembangan individu menjadi seorang yang berpribadi hendaknya diarahkan sesuai dengan struktur masyarakat yang ada, sehingga seorang individu  menjadi seorang yang dewasa dalam arti mampu mengendalikan diri dan melakukan hubungan – hubungan sosial di dalam masyarakat yang cukup majemuk.

Masyarakat adalah kelompok manusia yang saling berinteraksi yang memiliki prasarana untuk kegiatan tersebut dan adanya saling keterikatan untuk mencapai tujuan bersama. Masyarakat adalah tempat kita bisa melihat dengan jelas proyeksi individu sebagai bagian keluarga, keluarga sebagai tempat terprosesnya, dan masyarakat adalah tempat kita melihat hasil dari proyeksi tersebut.

Individu yang berada dalam masyarakat tertentu berarti ia berada pada suatu konteks budaya tertentu. Pada tahap inilah arti keunikan individu itu menjadi jelas dan bermakna, artinya akan dengan mudah dirumuskan gejala – gejalanya. Karena di sini akan terlibat individu sebagai perwujudan dirinya sendiri dan merupakan makhluk sosial sebagai perwujudan anggota kelompok  atau anggota masyarakat.
Image result for peranan terhadap diri sendiri masyarakat








Image result for peranan terhadap diri sendiri masyarakat

Wednesday 3 August 2016

PERANAN INDIVIDU TERHADAP DIRI SENDIRI

PENGENALAN

Setiap manusia mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan. Tanggungjawab ialah sesuatu kerja atau tugas yang mesti dilakukan atau kewajiban yang dipikul oleh seseorang individu. Tanggungjawab merupakan kesedaran manusia terhadap tingkah laku atau perbuatan yang disengaja atau tidak sengaja. Tanggungjawab juga sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana setiap manusia dibebani dengan kewajipan dan menanggung pelbagai peranan. Kewajipan itu harus dipikul kerana manusia tidak boleh mengelak, bahkan akan dipersoalkan dan diminta menjelaskan tentang sesuatu perbuatannya kelak. Dalam blog ini,kami akan menjelaskan tentang tanggungjawab diri terhadap diri sendiri, tanggungjawab terhadap keluarga, tanggungjawab terhadap masyarakat atau komuniti dan tanggungjawab terhadap negara Malaysia. Secara keseluruhannya, blog ini sangat penting dalam melahirkan generasi yang berkaliber, bermaruah dan meningkatkan imej diri, keluarga dan negara.




PERANAN INDIVIDU TERHADAP DIRI SENDIRI


Setiap individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Mereka perlu mengenali dan memahami kehendak dan keinginan diri. Peranan terhadap diri sendiri, termasuklah tanggungjawab individu kepada tuhan dan dirinya. Selain itu, tanggungjawab individu terhadap diri sendiri termasuklah aspek lahirah dan batiniah. Aspek lahirah individu berkenaan perlu berusaha untuk mempertingkatkan kemampuan dirinya termasuklah daya usaha dan penampilan diri. Manakala, dari segi batiniah individu perlulah mengisi jiwanya dengan pengisian yang dapat memberikan ketenangan dan kesejahteraan diri. Antara peranan individu terhadap diri sendiri yang perlu dijaga ialah :

a) Menjaga maruahn dan nilai diri
b) Menjaga kesihatan fizikal dan mental
c) Berusaha untuk menuntut ilmu supaya mencapai kemajuan diri sendiri







 PERANAN TERHADAP TUHAN
Setiap individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Oleh itu mereka perlu mengenali dan memahami setiap kehendak dan keinginan diri. Peranan terhadap diri sendiri termasuklah tanggungjawab individu berkenaan kepada Tuhan
  • Setiap individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
  • Oleh itu seorang individu perlu  megenali dan memahami setiap kehendak dan keinginan diri.
  • Tanggungjawab terhadap diri sendiri menentukan kesedaran setiap orang untuk memenuhi kewajibannya sendiri dalam mengembangkan kepribadian sebagai manusia peribadi.
  • Peranan terhadap diri sendiri, termasuklah tanggungjawab individu berkenaan kepada Tuhan dan juga dirinya.
  • Hubungan manusia dengan Tuhan merupakan cara bagaimana manusia itu dapat mengabdikan dirinya terhadap perintah dan larangannya. 

CARA MENUNAIKAN PERANAN TERHADAP TUHAN
  • Berpuasa untuk mengawal diri dan untuk kekuatan rohani
  • Membawa makanan vegetarian untuk disembah kepada Dewa
  • Bersembayang setiap hari mengikut kepecayaan masing-masing
  • Mendengar syarahan agama
  • Membaca kitab suci   

Image result for PERANAN INDIVIDU TERHADAP tuhan


Image result for PERANAN INDIVIDU TERHADAP tuhan


Image result for PERANAN INDIVIDU TERHADAP tuhan cina