Tuesday 6 September 2016

Peranan Individu Terhadap 
Masyarakat
 Manusia merupakan makhluk yang semulajadi hidup secara bersosial. Maka, seseorang individu tidak dapat berdiri dengan sendiri, malah saling memerlukan antara yang satu dengan yang lainnya di tengah-tengah masyarakat.meningkat kepada setiap individu tersebut mempunyai kepentingan yang bermacam ragam, maka setiap individu yang mempunyai kepentingan yang pelbagai haruslah berperanan sesuai dengan kepentingan-kepentingan tersebut termasuklah individu-individu seperti jiran, orang kurang upaya dan warga emas .peranan setiap individu terhadap masyarakat adalah berdasarkan kepada hal-hal yang berikut:
  • Menghulurkan bantuan khususnya ketika kecemasan.
  • Menjaga keharmonian masyarakat.
  • Semangat bergotong royong.
  • Semangat Intergasi nasional.

.
Orang kurang upaya (OKU) merujuk kepada individu yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti. OKU ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kekurangan yang dialaminya sepeti,  Kecacatan perkembangan,Cacat anggota, Cacat penglihatan,Cacat pendengaran, Cacat pembelajaran, Autisme, Bisu dan seumpamanya.Mereka memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari. Misalnya, orang cacat penglihatan, perlu kepada kemahiran membaca dab menulis Braille sebelum mereka boleh menggunakan kemahiran itu untuk belajar atau mendapat pendidikan untuk hidup berdikari. Begitu juga, orang yang cacat pendengaran perlukan kemahiran memahami dan menggunakan bahasa isyarat sebelum boleh menggunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Jesteru beberapa bentuk keistimewaan dan kemudahan yang khas diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) di negara kita seperti berikut:

  • Kemudahan dan galakan pelepasan cukai.
  • Kemudahan pendidikan.
  • Pengecualian bayaran rawatan perubatan.
  • Kemudahan peluang pekerjaan.

No comments:

Post a Comment